Tuesday, August 5, 2014

BERSANGKA BAIK

Assalamualaikum, di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada seluruh umat islam tak kira bangsa. Ingin juga saya memohon kemaaf atas segala kesilapan yg pernah dilakukan sama ada secara sedar ataupun secara tidak sedar.

Suasana hari raya aidilfitri pada tahun 2014 sememangnya dapat dirasai kemeriahan nya, ramai yang pulang ke kampung untuk beraya bersam sanak saudara di kejauhan. Ramai yang memakai baju-baju baru yang dibeli kerana hendak menyambut aidilfitri dengan penuh kegembiraaan.

Berbalik kepada tajuk utama entry kali ini iaitu "bersangka baik", satu perkataan yang mudah untuk disebut tetapi amat sukar untuk dilaksanakan. Kita mungkin akan berjaya untuk melakukan buat pertama kali namun kita mungkin akan gagal untuk melakukannya buat kali kedua. 

Bersangka baik bermaksud kita mengambil aspek positif pada setiap apa yang berlaku dalam hidup kita sebagai contoh, apabila kita sedang beratur dan ada orang yang memotong barisan, ambillah aspek yang positif dimana keadaan itu mungkin adalah peluang untuk anda menasihati beliau maka nasihatilah beliau supaya dia tidak lagi memotong barisan di masa akan datang.

Sering kali kegagalan akan menimpa kita apabila saat dan ketika yang memerlukan kita untuk bersangka baik dicemari dengan keadaan kita saling bergaduh, caci mencari, bunuh membunuh, tolak menolak, benci membenci dan sebagainya. Adakah suana sebegini yang kita inginkan? Adakah kita ingin hidup dengan yang tidak tenang kerana sentiasa memikirkan ada sahaja yang membenci kita?

Hidup pasti akan lebih tenang apabila kita sentiasa bersangka baik, tidak logikkah jika dikatakan sekiranya saya sentiasa berjaya bersangka baik maka dalam fikiran ku tiada lagi orang jahat, semuanya baik, tiada lagi yang akan mencuri duitku, tiada lagi yang akan menganggu hidupku, tiada lagi orang yang akan memukulku, namun ada saatnya kita akan gagal untuk bersangka baik, dimana akan datang masanya bisikan syaitan yang sentiasa menunggu peluang untuk menggoda kita akan menghasut kita. 

Bersyukur kepada Allah SWT yang bersifat pemurah dan penyayang, Allah SWT akan menguji hambanya dengan ujian yang mampu ditangani oleh hambaNya. Jika kita seorang hamba yang bersangka baik sudah tentu kita akan menganggap bahawa bisikan syaitan itu juka merupakan bisikan kasi sayang dari Allah SWT kerana memberi peluang kepada kita untuk membuktikan ketaqwaan kita kepadaNya dengan meninggalkan godaan syaitan itu dan kemudian melakukan kebaikan, pasti Allah SWT akan memberi ganjaran yang lumayan kepada hambaNya yang berjaya untuk melakukan perkara itu. 

Ya Allah ya Tuhanku, engkau berikanlah kekuatan kepada kami untuk sentiasa bersangka baik supaya kami sentiasa bersama dengan orang-orang yang disayangiMu ya Allah. Bantulah kami ketika kami ditimpa musibah.

#bersangkabaik #nasihat #bersangkabaik #mulia #prayforgaza #aqsasyarif #palestine #Islam 

No comments:

Post a Comment